beloved soldiers

Thursday, April 21, 2011

malam pertama yang ngeri wehhh! ~.~

Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung di sini. Gelak-ketawa, gurau-senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku. "Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?", sapa Pak Long. "Orang muda bang Long, biarlah. Pertama kali nak beraksi tu!", sahut Pak Su disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain.

Meriah sungguh keadaan di luar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam. Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku. Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu. Isteriku hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap-gelita dan senyap-sunyi. Tanda sanak-saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur. Tanpa melengahkan masa, jari-jemariku lembut membelai rambut isteriku. Ku selak rambut ikal yang menutupi telinganya lalu membisikkan…. Assalammualaikum! ke telinganya untuk menguji isteriku. "Waalaikummussalam...". Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun…

Kringggggg…..
Tik.. tok.. tik.. tok…
Kring.. kring.. kring..
Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku. Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi… "Selamat Pengantin Baru! Jangan gopoh sangat. Baru Pukul 2 pagi. Jangan marahh.. Kami potong stim.. Haha.." -_-'

Dalam hatiku.. "Cilakak punya membe! Potong stim betullah.."

p/s: sape kacau 1st nite gua, gua sunat lu laju laju! grr! T_T

2 comments:

fuuyooh said...

keh keh keh.. kacau stim tul .. har har har..
Alien comolot

fyqabellika said...

haha..taw tape..mmg hantu je budak2 tu knekn dye.. =='

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...